Apple keluarkan iPhone baru

Apple keluarkan iPhone baru

SAN FRANCISCO, 20 Mac (AFP) – Model baru iPhone dan iPad mungkin dilancarkan esok (Isnin) bertujuan membantu Apple mengekal momentum dalam pasaran peranti yang berkembang pesat.

Perhimpunan media di auditorium Town Hall di Lembah Silicon juga akan memberikan peluang kepada Apple untuk menyatakan semula kesnya kerana menentang permintaan kerajaan AS menuntut ia menembusi penggodam iPhone.

Apple dijangka melancarkan iPhone skrin kecil untuk menggalakkan penggantian model 5S dan 5C, yang mempunyai paparan empat inci. Peranti baru itu akan digelar iPhone SE atau 5SE, menurut laporan.

Ia akan membantu Apple dalam musim yang lembap sebelum peningkatan kepada keluarga iPhone 6 dengan skrin besar pada akhir tahun ini. Namun sejajar dengan amalannya, Apple telah mendiamkan diri mengenai apa yang akan dilancarnya.

Satu mesej di dalam kad jemputan yang disiarkan di Internet menyatakan “Biarlah kami memasukkan anda,” mendorong sesetengah orang meramalkan bahawa model baru untuk Jam Tangan Apple akan menjadi salah satu produk yang akan diumumkan.

Apple dijangka melancarkan iPhone skrin kecil yang akan digelar iPhone SE atau 5SE, menurut laporan. - AFP
Apple dijangka melancarkan iPhone skrin kecil yang akan digelar iPhone SE atau 5SE, menurut laporan. – AFP

iPhone dengan skrin empat inci yang mempunyai peningkatan mungkin membantu merangsang penggantian. iPhone sedemikian akan memberi ‘ciri-ciri positif’ kepada Apple, memastikan penggemar telefon pintar lebih kecil tidak beralih kepada peranti syarikat bersaingan yang menggunakan perisian Android, kata RBC Capital Markets dalam satu nota kepada pelabur.

RBC meramalkan jualan handset baru itu akan berjumlah di antara 10 juta hingga 15 juta setahun, sekaligus memberikan peminat Apple membuat pilihan bagi peningkatan sebelum pelancaran iPhone 7 pada akhir tahun ini. iPhone baru itu mungkin ditetapkan harga untuk merangsang produk Apple tetapi bukan bersaing dalam pasaran telefon pintar berharga rendah, menurut penganalisis.

“Saya tidak menjangka kejutan,” kata penganalisis Creative Strategies Ben Bajarin merujuk kepada apa yang akan diumumkan oleh Apple esok. “Berita terbesar adalah harga untuk iPhone baru.”

ARTIKEL YANG SAMA