Apple, kerajaan AS bertemu di mahkamah berhubung privasi iPhone

Apple, kerajaan AS bertemu di mahkamah berhubung privasi iPhone

LOS ANGELES, 21 Mac (AFP) – Kerajaan AS dan Apple akan bertemu di mahkamah esok (22 Mac) dalam kes yang secara dekat diikuti yang boleh memberi implikasi meluas pada keselamatan digital dan privasi.

Perbicaraan genting di hadapan hakim persekutuan di Selatan California menumpu pada pertikaian antara syarikat gergasi teknologi itu dan para penyiasat persekutuan yang mahukan bantuan dari Apple untuk membuka kod sebuah telefon iPhone yang mempunyai kaitan dengan salah seorang penembak dalam serangan ganas Disember lalu di San Bernardino, California.

“Pertikaiannya berhubung masa depan pengawasan teknologi tinggi, infrastruktur kepercayaan yang dilindungi ekosistem perisian sejagat, dan sejauh mana syarikat-syarikat teknologi dan para pemaju perisian boleh dikerah sebagai para pembekal alat penggodaman yang tidak bersedia, bagi kerajaan,” Julian Sanchez, pakar undang-undang pengawasan di institusi Cato di Washington yang mendukung kebebasan.