Apple labur AS$1 bilion pada aplikasi teksi

Apple labur AS$1 bilion pada aplikasi teksi

BEIJING, 13 Mei (AFP) – Apple telah melabur $1 bilion dalam aplikasi memanggil teksi China Didi Chuxing, kata syarikat Beijing hari ini tatkala ia bersaing dengan Uber di AS untuk mendapatkan bahagian pasaran di China.

Suntikan itu merupakan “pelaburan terbesar yang pernah diterima oleh syarikat,” kata Didi, yang menguasai sektor pemanggilan kereta di China dan berkata ia mempunyai hampir 90 peratus daripada pasaran.

Sebelumnya dikenali sebagai Didi Kunaidi, ia juga mempunyai sokongan daripada syarikat Internet China Tencent dan Alibaba.

Pesaing paling berpengaruhnya Uber di mana syarikat bar gelintar China Baidu merupakan pelabur, serta Citic Securities juga berusaha memenangi lebih banyak perniagaan di China.

Walaupun pelaburan Apple dalam Didi adalah besar, wang tersebut nampaknya lebih ketara untuk kepentingan strategik dan bukannya kewangan.

Apple melabur AS$1 bilion pada aplikasi mudah alih Didi Chuxing, pencabar rapat bagi Uber di China. – AP
Apple melabur AS$1 bilion pada aplikasi mudah alih Didi Chuxing, pencabar rapat bagi Uber di China. – AP

Didi dan Uber mempunyai wang yang banyak dan sedang membelanjakan secara besar-besaran di negara.

Pada Februari, Uber berkata ia kerugian $1 bilion setahun di China tatkala ia bersaing untuk bahagian pasaran dan Didi dipercayai membelanja jumlah yang sama tatkala kedua-dua negara memberi subsidi kepada perjalanan pengguna, yang jauh ebih murah daripada tambang teksi biasa.

Hubungan Apple dengan Didi bersesuaian dengan hasrat firma California untuk menambah jualan dalam syarikat gergasi Asia itu, dan merancang untuk menembusi sektor kereta.

“Kami memutuskan untuk membuat pelaburan atas beberapa sebab-sebab strategik, termasuk peluang untuk mempelajari lebih mengenai segmen tertentu pasaran China,” beritahu ketua eksekutif Tim Cook kepada agensi berita China Xinhua.

Beliau menambah beliau melihat “banyak peluang untuk kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua syarikat.”

Apple kehilangan kedudukannya sebagai syarikat disenaraikan terbesar di dunia kepada syarikat induk Google Alphabet dalam perniagaan AS semalam. Saham ditutup merosot 2.4 peratus.Saham syarikat teknologi itu telah kerugian lebih daripada 13 peratus sejak melaporkan kemerosotan pertamanya dalam jualan iPhone pada 26 April.