Apple lancar perkhidmatan bayaran online di China

Apple lancar perkhidmatan bayaran online di China

SHANGHAI, 18 Sept (AFP) – Apple akan melancarkan satu perkhidmatan bayaran online di China, kata media, tatkala syarikat teknologi itu berusaha untuk berkembang dalam pasaran terbesar di luar AS meskipun menghadapi persaingan sengit daripada pesaing tempatan.

Sebuah syarikat Apple yang menawarkan bayaran online telah dilancarkan di Zon Perdagangan Bebas Shanghai (FTZ), sebuah kawasan yang ditubuhkan sebagai satu ujian untuk pembaharuan kewangan, lapor Perkhidmatan Berita China lewat semalam.

Apple tidak memberikan satu tarikh untuk pelancaran itu, tetapi syarikat itu memberitahu AFP bahawa CEO Tim Cook berharap dapat menubuhkan Apple Pay di China “secepat mungkin.”

Cook berkata sebelumnya beliau menjangka China akan mengatasi Amerika Syarikat pada satu hari nanti untuk menjadi pasaran terbesar Apple.

Namun syarikat e-dagangan China Alibaba menguasai sektor bayaran online di negara itu, dengan Alipay mengambil kira-kira 80 peratus daripada pasaran.

Firma Internet Tencent juga menyaingi dengan perkhidmatan yang sama yang disediakan menerusi aplikasi mesej popularnya WeChat.

ARTIKEL YANG SAMA