Apple lancarkan ‘Apple Music’

Apple lancarkan ‘Apple Music’

US-IT-INTERNET-BOOKS-COURT-APPLE-FILES

LOS ANGELES, 1 Julai (dpa) – Apple memasuki perniagaan muzik streaming yang kian berkembang pesat dalam permintaan kelmarin dengan pelancaran Apple Music.

Perkhidmatan tersebut bertujuan untuk menarik beberapa puluhan juta pelanggan seluruh dunia yang melanggan kepada perkhidmatan online muzik streaming yang sedia ada, termasuk Spotify dan Pandora serta ratusan juta yang mendengar muzik melalui internet secara percuma.

Versi terbaru applikasi telefon bimbit Apple Music dan platform iTunes termasuk akses streaming kepada 30 juta lagu di perpustakaan iTunes, siaran radio internet secara langsung terbaru syarikat tersebut Beats 1 dan sambungan rangkaian sosial.

Apple telah menjadikan Beats 1 sebagai pelancaran utama mereka, melihat untuk membezakan mereka daripada muzik dalam permintaan seperti peneraju pasaran Spotify dengan menekankan sambungan hiburan di dunia.

Beats 1 adalah cabang Beats Electronic daripada Dr Dre dan eksekutif rakaman Jimmy Iovine. Apple membeli Beats pada 2014.

Pengatur cara merancang untuk menggunakan stesen tersebut untuk mengambil perhatian muzik perdana seluruh dunia dan temu bual bersama penghibur terkemuka serta penyampai-penyampai selebriti.

Melanggani Apple Music adalah sebanyak AS$10 sebulan untuk perseorangan dan AS$15 sebulan untuk keluarga enam orang dengan tiga bulan tempoh percubaan.