Apple mungkin perkenal produk baru

Apple mungkin perkenal produk baru

SAN FRANCISCO, 2 Sept (AFP) – Apple sedang berkecimpung dengan idea untuk membuat program televisyen dalam talian (online) dalam satu langkah yang akan mencabar pemain-pemain yang sedia ada seperti Netflix dan Amazon Prime, menurut majalah perniagaan Variety.

Variety memetik daripada sumber-sumber yang tidak bernama mengatakan bahawa syarikat yang berpangkalan di California itu telah berhubung dalam beberapa minggu kebelakangan dengan eksekutif-eksekutif Hollywood untuk menilai faedah dalam menerajui satu usaha untuk membuat kandungan asli untuk Apple.

Apple bagaimanapun memberitahu AFP ia tidak akan membuat ulasan terhadap apa yang dirujuknya sebagai “khabar angin dan spekulasi.”

Para penjejak industri tertanya-tanya apakah visi Apple TV, yang syarikat itu memandangnya ringan sebagai “hobi” selepas versi aslinya dilancarkan pada 2007.

Memainkan filem dan rancangan-rancangan televisyen secara langsung telah menjadi keutamaan pada hiburan dalam rumah melaraskan potensi buat Apple untuk menggabungkan penawaran iTunes digital dengan perkakasan untuk menghantar kandungan kepada skrin-skrin terbesar di ruang-ruang tamu.

Apple TV news dijangka akan menjadi sebahagian acara media syarikat itu pada 9 September yang diadakan di San Francisco.

Dalam gaya tanda niaga yang membingungkan, jemputan yang die-melkan mengenai acara tersebut memberikan maklumat yang terhad mengenai masa dan tempat acara itu. Melainkan gambar yang menunjukkan logo Apple ditulis “Hey Siri, give us a hint.”

Masa acara itu tidak menjadi satu kejutan sejak syarikat itu dikenali selalu menganjurkan acara pada bulan September untuk mengumumkan kemas kini iPhone.

Khabar angin mengenai acara yang akan menjelang itu termasuk kemungkinan model terbaru iPhone dan berita mengenai ‘Apple TV set-top boxes.’

ARTIKEL YANG SAMA