Apple Music menarik 11 juta ahli percubaan

Apple Music menarik 11 juta ahli percubaan

CALIFORNIA, 7 Ogos (Reuters) – Apple Inc berkata kelmarin khidmat muzik streaming terbarunya telah menarik lebih daripada 11 juta ahli ketika jangka waktu percubaan, satu sambutan yang pakar industri muzik memanggilnya dihormati tetapi tidak amat menggalakkan.

Apple Music dilancarkan dengan percubaan percuma tiga bulan pada 30 Jun. Hampir 2 juta orang mengikut serta bagi pelan percubaan percuma keluarga, yang akan bernilai AS$14.99 sebulan untuk sehingga enam ahli keluarga, menurut syarikat tersebut. Kos perkhidmatan tersebut bagi orang persendirian AS$9.99 sebulan.

Apple iTunes Store menolong untuk menghidupkan semula industri muzik sedekad lalu, tetapi pemuat turunan digital telah menjunam pada tahun kebelakangan di tengah-tengah peralihan kepada stremming.

Berbeza dengan perkhidmatan streaming terkenal dari pesaing seperti Spotify, tawaran Apple tidak termasuk peringkat percuma atas permintaan, satu keputusan dipuji oleh beberapa di industri muzik.

Saham Apple telah menurun 4 sen pada AS114.84 pada awal petang.

Apple Music yang kini telah mempunyai 11 juta pengguna percubaan. – Reuters
Apple Music yang kini telah mempunyai 11 juta pengguna percubaan. – Reuters

Seorang penganalisis berkata walaupun khidmat tersebut telah menjumpai susulan, dia menjangka Apple untuk menarik lebih ramai lagi ahli percubaan.

“Ia merupakan sesuatu yang dihormati, tetapi ia akan lebih dihormati jika terdapat satu khidmat baru yang baru sahaja bermula dan orang perlu mempercayainya,” kata Ted Cohen, bekas eksekutif muzik yang sekarang ini rakan pengurusan strategik TAG, konsultan hiburan digital.

Berdasarkan katar pertukaran tipikal dalam industri, ia akan amat memberangsangkan jika Apple berjaya meyakinkan 20 peratus ahli-ahli percubaan untuk menjadi pelanggan berbayar selepas berakhirnya tempoh percubaan, tambahnya.

Spotify mempunyai lebih daripada 20 juta pelanggan berbayar seluruh dunia, syarikat tersebut telah memberitahu Reuters.

ARTIKEL YANG SAMA