Apple Music turut tawar ‘pelan keluarga’

Apple Music turut tawar ‘pelan keluarga’

SAN FRANCISCO, 9 Jun (Reuters) – Apple semalam mengumumkan perkhidmatan streaming muziknya yang baru, digelar Apple Music, yang memasuki pasaran yang hangat bersaing tetapi menawarkan produk yang datang dengan kekuatan hebat.

Dengan menggelarnya “perkhidmatan muzik revolusi,”, legenda industri muzik Jimmy Iovine naik ke pentas pada persidangan tahunan syarikat bagi para pemaju untuk mendedahkan apa yang secara meluas dijangkakan sebelum persidangan itu. Apple Music memasukkan perkhidmatan untuk menghubungkan para artis dan peminat dan apa yang disifatkan oleh syarikat itu sebagai stesen radio sejagat dipanggil Beats 1.

Sementara lewat membabitkan diri dengan perniagaan muzik streaming, Apple mempunyai kelebihan mantap: hubungan rapat dengan syarikat muzik; jenama sejagat; dan ratusan juta pelanggan – dan kad kredit mereka – melalui iTunes.

Harga AS$9.99 sebulan Apple Music berkuat kuasa selepas tempoh langganan percuma tiga bulan. Syarikat itu juga menawarkan apa yang digelarnya “pelan keluarga” bagi AS$14.99 sebulan bagi anggota keluarga sehingga enam orang.

CEO Apple Tim Cook ketika menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Apple Music pada 8 Jun 2015 di San Francisco, California. – AFP
CEO Apple Tim Cook ketika menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Apple Music pada 8 Jun 2015 di San Francisco, California. – AFP

Sebelum persidangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tim Cook mengumumkan apa yang digelar aplikasi “asli” akan diperkenalkan dalam versi sistem pengendalian akan datang bagi jamnya yang seharusnya membuatkan aplikasinya bagi gajet terkininya lebih pantas dan membantu tidak terikat dari iPhone. Syarikat ini juga mendedahkan butiran baru tentang perkhidmatan Apple Pay dengan mengatakan ia telah pun dibantu oleh lebih 2,500 buah bank dan akan melebihi 1 juta lokasi yang menerimanya bulan depan. Selain itu, syarikat itu berkata ia akan mengeluarkan perkhidmatan ke United Kingdom bulan depan.

Dalam langkah berkaitan, Apple berkata ia akan menamakan semula Passbook, aplikasinya bagi kad kredit dan debit dan pas naik, kepada Wallet.

Saham Apple Inc jatuh 0.5 peratus pada $128.05 dalam dagangan tengah hari.

Syarikat itu juga mendedahkan versi sistem pengendalian akan datang bagi Macs, El Captain, meneruskan tema syarikat kemas kini utama kepada perisian sempena nama peristiwa penting California. Perisian itu boleh diperoleh dalam musim gugur.