Apple pertaruhkan industri muzik streaming

Apple pertaruhkan industri muzik streaming

Think_Different_5_by_rubasu_1920x1200NEW YORK, 28 Jun (AFP) – Dalam pertaruhannya untuk menjadi satu kuasa dalam muzik streaming, Apple kini menumpukan sumber besarnya untuk menghasilkan apa yang diharapkan akan menjadi stesen radio global pertama.

Syarikat bernilai AS$750 bilion itu, yang aplikasi iTunes nya telah merevolusikan sebahagian muzik belian dunia, akan melancarkan ‘Apple Music’ apabila melihat pelanggan kini sudah mula berpindah kepada streaming, yang mempunyai kandungan yang tidak terhad.

Dalam nadi strategi tersebut ialah Beats 1, yang akan menjadi stesen global radio pertama dan akan boleh didapati pada lebih 100 buah negara.

Beats 1 adalah percuma walaupun tanpa melanggan dengan Apple Music, yang khidmatnya bernilai AS$9.99 sebulan selepas tempoh percubaan.

Apple Music telah berusaha untuk membuat percikan melalui nama-nama besar pada Beats 1, mengambil seorang DJ yang berpengaruh kelahiran New Zealand DJ Zane Lowe dari BBC Radio 1.

Syarikat tersebut tidak menyenaraikan senarai penuh nama-nama penyampainya, tetapi Lowe dalam satu profil oleh The New York Times berkata ikon pop Elton John, penyanyi dan produser lagu “Happy” Pharrell Williams, Dr. Dre dan ahli rock indie St. Vincent telah disenaraikan untuk menghoskan satu rancangan.