Apple, Samsung bergelut dengan pesaing China

Apple, Samsung bergelut dengan pesaing China

BEIJING, 16 Sept – Pelancaran iPhone 7 global pada hari ini adalah penting kepada nasib Apple di China, tetapi firma berkenaan serta pesaing terbesar Samsung, terjejas oleh penarikan balik berhubung bateri meletup, sedang bergelut ketika menghadapi pesaing tempatan baru.

Firma AS dan Korea Selatan itu diturunkan kepada tempat keempat dan kelima masing-masing dalam pasaran telefon pintar Asia dalam separuh tahun pertama tahun ini, menurut firma pakar runding Canalys.

Di depan mereka adalah tiga firma China, pemimpin Huawei dengan 16 peratus saham, kemudian dua syarikat yang kurang etrkenal di tempat lain, Vivo dan Oppo.

Apple menghadapi “banyak cabaran dan tekanan” di China daripada pengeluar tempatan yang “sedang menghasilkan handset model sederhana dan canggih dan menawarkan banyak produk utama,” kata penganalisis Canalys China Jessie Ding.

iPhone 7 – yang datang bersama kamera lebih canggih, badan kalis air dan tanpa jek fon telinga – “tidak mempunyai banyak ciri-ciri baru”, kata beliau, menambah fungsi kamera berganda itu boleh diperoleh di telefon pintar Huawei enam bulan lalu, dan ia kekurangan keupayaan mengecas wayarles. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA