SAN FRANCISCO, 4 Mei (AFP) – Apple mengesahkan semalam ia telah menggaji bintang cipta robotik dan pengasas makmal Google X Yoky Matsuoka untuk mengusahakan projek kesihatan.

Matsuoka, pemenang anugerah genius MacArthur, pada tahun lalu meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden di Nest milik Google.

Rancangan beliau untuk menjawat satu jawatan di perkhidmatan mesej Twitter di San Francisco menemui kegagalan pada tahun lalu disebabkan “penyakit serius,” tulis Matsuoka dalam laman medium.com.

“Satu masa depan baru telah mulai mengisi fikiran saya sekali lagi,” tulis beliau pada masa itu, berkata rawatan perubatan sedang mencatat kejayaan dan beliau masih belum memikirkan rancangan baru untuk masa depan.

“Apabila anda mendapat satu lagi peluang untuk hidup, terdapatnya peluang untuk bermula dari asas dan saya rasa amat bertuah diberi peluang ini.”

Apple akan mengusahakan projek kesihatan dengan melantik Yoky Matsuoka. - AFP
Apple akan mengusahakan projek kesihatan dengan melantik Yoky Matsuoka. – AFP

Matsuoka akan melaporkan tugasnya kepada ketua pegawai operasi Apple Jeff Williams, yang menyelia projek kesihatan, termasuk kit perisian yang membenarkan pemohon atau penyelidik menggunakan keupayaan iPhone dan Jam Tangan Apple.

Laman web Yayasan MacArthur menggambarkan Matsuoka sebagai pemimpin dalam bidang neurorobotik, satu bidang yang menggabungkan robot dengan cara sistem saraf manusia menyelaras pergerakan otot dan tulang.

Pada tahun 2009, beliau membantu menubuhkan Google X Lab untuk mengusahakan “pelancaran roket ke bulan” seperti kereta pemanduan sendiri dan kaca mata yang dikaitkan dengan Internet. Matsuoka menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan Nest selepas Google membeli firma baru itu dua tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA