Apple wujud perisian bagi pendermaan organ

Apple wujud perisian bagi pendermaan organ

SAN FRANCISCO, 5 Julai Apple mahu menggalakkan berjuta-juta pemilik iPhone untuk mendaftar sebagai pen-derma organ menerusi pengemaskinian perisian yang akan menambah butang mudah pendaftaran kepada aplikasi maklumat kesihatan yang terdapat dalam setiap telefon pintar yang syarikat itu buat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook berkata dia berharap perisian baru itu akan membantu kekurangan penderma yang berlarutan. Ujarnya kepada The Associated Press bahawa masalah itu melanda apabila pengasas bersama Apple, Steve Jobs menahan penungguan pemindahan hati ‘yang menjerihkan’ pada 2009.

Apple sedang menambah pilihan untuk memasukkan pendaftaran penderma kebangsaan dengan mengklik butang antara aplikasi Kesihatan iPhone, yang boleh digunakan untuk menguruskan kepelbagaian kesihatan dan data kecergasan. Perisian itu akan didatangkan kepada semua telefon iPhones di AS apabila syarikat itu mengemaskinikan sistem pengoperasian mudah alihnya pada musim luruh ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA