April Fools bukan tradisi China

April Fools bukan tradisi China

BEIJING, 1 April (AFP) – April Fools bukan bahan untuk diketawakan, menurut perkhidmatan berita rasmi China, membidas tradisi Barat itu bagi pembukaan musim bunga dengan bahan jenaka yang bukan budaya China.

Perkataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Xinhua yang berunsur keras dalam mikroblog Weibo mengumumkan: “Hari ini adalah kononnya ‘April Fools’ orang Barat.”

Peristiwa itu “tidak selaras dengan tradisi budaya negara kita, dan tidak mengikuti nilai-nilai teras sosialisme,” tambahnya.

“Jangan percaya dengan khabar angin, jangan reka khabar angin dan jangan sebarkan khabar angin itu,” ujarnya, menutup catatan itu dengan emoji tersenyum.

Kedua-dua aktiviti itu juga adalah salah di bawah undang-undang China.

ARTIKEL YANG SAMA