Aquino meterai dua undang-undang penting

Aquino meterai dua undang-undang penting

MANILA, Filipina, 21 Julai – Presiden Filipina Benigno S. Aquino III hari ini meluluskan dua undang-undang yang akan meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan di negara berkenaan.

Aquino, dalam majlis yang berlangsung di Malacanang, istana presiden, menandatangani Undang-undang Persaingan Filipina dan pindaan kepada Undang-undang Kabotaj.

Akta Persaingan Filipina untuk mencegah penumpuan ekonomi yang akan mengawal pengeluaran, pengedaran, perdagangan atau industri yang akan membendung persaingan, mengganggu, memanipulasi atau menyempitkan disiplin pasaran bebas.

Mereka yang melanggar undang-undang itu akan dikenakan hukuman pemenjaraan dari dua sehingga tujuh tahun dan denda tidak kurang 50 juta peso (AS$1.10 juta) tetapi tidak lebih dari 250 juta peso (AS$5.52 juta).

Pindaan ke atas Undang-undang Kabotaj pula membolehkan kapal-kapal asing untuk mengangkut dan mengangkut bersama kargo bagi penghantaran domestik. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA