Aquino pilih Roxas

Aquino pilih Roxas

MANILA, 31 Julai (AFP) – Presiden Filipina Benigno Aquino menyokong sekutu lamanya Manuel Roxas hari ini bagi pilihan raya presiden 2016 negara itu, dengan mengatakan menteri dalam negeri itu adalah orang terbaik untuk menggerakkan reformasi anti rasuah.

“Kami memilih orang yang pasti akan memburu laluan lurus dan sempit,” kata Aquino, secara tidak langsung menyebutkan perjuangan ciri anti rasuah beliau, yang menurut beliau disambut dalam pertumbuhan ekonomi yang tidak pernah sebelumnya, di negara kepulauan miskin itu.

“Secara ringkas, saya percaya orang itu tidak lain tidak bukan Mar Roxas,” presiden memberitahu anggota parti Liberal beliau yang sedang bersorak, dengan beliau menyebut nama ringkas menteri itu.

Filipina dijangka melantik pemimpin baru pada Mei 2016, dengan para pesaing diperlukan mendaftar pencalonan mereka sebelum tarikh akhir pertengahan Oktober.

Menteri dalam negeri itu mungkin bertanding bersaing dengan Naib Presiden Jejomar Binay, yang sedang disiasat oleh pendakwa kanan berhubung dakwaan rasuah, dan Senator popular, Grace Poe yang juga berusaha mendapatkan sokongan Aquino.

Presiden Filipina, Benigno Aquino (kiri) berjabat tangan dengan setiausaha dalam negeri, Manuel Roxas semasa satu majlis di Manila pada 31 Julai. – AFP
Presiden Filipina, Benigno Aquino (kiri) berjabat tangan dengan setiausaha dalam negeri, Manuel Roxas semasa satu majlis di Manila pada 31 Julai. – AFP

Para penyokong yang serba kuning bertepuk tangan dan melaungkan n”Roxas Now” ketika cucu lelaki presiden pertama Filipina yang berusia 58 tahun menahan air mata dan berterima kasih kepada presiden.

“Saya terima cabaran,” kata Roxas. “Saya tidak akan pernah tersasar dari laluan lurus dan sempit.”

Aquino berkata dia telah menemu bual tiga bakal calon sebelum sokongan hari ini, tetapi akhirnya memilih Roxas, meskipun undinya sangat teruk.

Bagaimanapun, para penganalisis berkata pilihan Aquino penuh dengan risiko.

“Atas kertas dia nampak seperti teknokrat dan pengganti yang cekap,” Richard Javad Heydarian, seorang profesor sains politik di Universiti De La Salle, Manila, memberitahu AFP.

“Tetapi dia kekurangan sentuhan popular,” Heydarian berkata tentang menteri dalam negeri itu, yang keluarga kayanya memiliki salah satu pusat komersial terbesar di bandar itu.

ARTIKEL YANG SAMA