Aquino tolak pelarian tetap dari Australia

Aquino tolak pelarian tetap dari Australia

MANILA, 29 Okt (AFP) – Filipina tidak akan menerima sebarang pelarian yang dihantar oleh Australia sekiranya mereka dijangka tinggal di negara Asia Tenggara secara tetap, kata Presiden Benigno Aquino pada Selasa.

Aquino berkata beliau ‘sedang menimbang dengan serius’ satu cadangan kerajaan Australia untuk menerima beberapa pelarian tetapi hanya jika mereka singgah di Filipina sebelum berkunjung ke negara lain.

“Jika cadangan ini bukan bersifat sementara, kami rasa kami tidak mampu buat masa sekarang untuk memberikan penempatan tetap kepada orang berkenaan,” beritahu Aquino kepada wartawan.

“Australia boleh mengiktiraf kami mempunyai penduduk yang lebih ramai berbanding mereka. Kami mempunyai cabaran untuk memenuhi keperluan orang kami sekarang. Kami mahu membantu tetapi timbulnya batasan.”

Kerajaan Australia berkata pada 9 Oktober ia sedang berunding dengan Filipina untuk menghantar pelarian ke negara yang mempunyai 100 juta penduduk, kira-kira satu perempat di antara mereka hidup dalam kemiskinan.

Ia berlaku selepas satu laporan muka surat depan dalam akhbar Australia Daily Telegraph berkata menteri luar kedua-dua negara telah bersetuju dengan Filipina yang menerima pelarian untuk penempatan semula sebagai tukaran kepada Aus$150 juta.