Arab Saudi dan Bahrain putus hubungan dengan Iran

Arab Saudi dan Bahrain putus hubungan dengan Iran

DUBAI, 4 Jan (Reuters) – Arab Saudi dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran semalam susulan serbuan ke atas kedutaan Arab Saudi di Tehran oleh penunjuk perasaan negara itu berikutan tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama terkemuka Syiah.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, berkata diplomat Iran sudah diarah meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh 48 jam.

Katanya, duta Arab Saudi pula sudah meninggalkan Iran dan tiba di Dubai dalam perjalanan pulang ke tanah air awal pagi ini.

Manakala kenyataan Bahrain keputusan itu dicetuskan oleh ‘pengecut’ terhadap serangan ke atas misi diplomatik Arab di Iran dan ‘meningkatkan suasana yang berbahaya dan huru-hara‘ oleh Tehran dalam hal ehwal dalaman Teluk dan negara-negara Arab.

Pemimpin tertinggi Syiah, Ayatollah Ali Khamenei, meramalkan ‘pembalasan Tuhan’ atas kematian Sheikh Nimr al-Nimr, seorang yang lantang mengkritik pemerintahan monarki Arab itu.