Arab Saudi hukum mati 47 pesalah keganasan

Arab Saudi hukum mati 47 pesalah keganasan

pg15_160104_a

RIYADH, 3 Jan (Reuters) – Arab Saudi melaksanakan hukuman bunuh ke atas 47 pesalah berkaitan jenayah keganasan pada Sabtu, termasuk ulama tersohor Syiah, Sheikh Nimr al-Nimrits (gambar), kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, kebanyakan yang dihukum mati terbabit dalam siri serangan oleh al Qaeda pada 2003 hingga 2006.

Puak Syiah Iran memberi amaran, hukum bunuh ke atas Nimr akan memberi kesan buruk kepada Arab Saudi.