Arab Saudi pinta pekerja bantuan PBB berpindah

Arab Saudi pinta pekerja bantuan PBB berpindah

PBB, Amerika Syarikat, 12 Feb – Arab Saudi telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan pekerja-pekerja bantuan dari kawasan-kawasan yang dikawal pemberontak di Yaman tatkala pakatan yang diketuai Riyadh menekankan serangan udara terhadap pemberontak, menurut sepucuk surat yang dilihat oleh AFP kelmarin.

PBB sebulat suara permintaan itu dan mengingatkan Arab Saudi terhadap kewajipannya untuk membenarkan akses kemanusiaan di Yaman, di mana pesawat-pesawat perang pakatan telah menyerang pemberontak Huthi Syiah hampir setahun.

Ketua bantuan PBB Stephen O’Brien berkata dalam sepucuk surat ditujukan kepada Duta Arab Saudi Abdallah Al-Mouallimi bahawa pertubuhan bantuan itu “menghantar bantuan menyelamatkan nyawa sebagai prinsip bantuan peringkat antarabangsa dan akan terus berbuat sedemikian.”

Menjawab O’Brien, duta itu telah memperbaharui permintaan pakatan itu bahawa “pertubuhan kemanusiaan dan kelegaan ditempatkan semula dari kawasan berdekatan dengan pangkalan-pangkalan operasi tentera Huthi dan penyokong-penyokong” bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

“Permintaan pakatan itu konsisten dengan kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan, tiada dalam apa cara pun, boleh disalah fahami untuk menunjukkan sebarang penghalang kepada akses kemanusiaan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Yaman,” tulis Mouallimi pada Isnin lepas.

Kawasan yang teruk terjejas oleh serangan daripada pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman. – Reuters
Kawasan yang teruk terjejas oleh serangan daripada pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman. – Reuters

Pihak PBB sebelum ini sering mempunyai beberapa pertikaian dengan Arab Saudi mengenai akses bantuan di Yaman, di mana 80 peratus penduduknya menghadapi kekurangan makanan yang dahsyat.

O’Brien memberitahu Arab Saudi bahawa pekerja-pekerja bantuan akan terus untuk memaklumkan pihak berkuasa pakatan tentang pergerakan mereka.

PBB dan pekerja-pekerja bantuan antarabangsa telah menyerahkan kedudukan mereka kepada pihak berkuasa pakatan tentera untuk memastikan mereka tidak berada dalam kawasan sasaran.

Pakatan yang diketuai Arab Saudi menyokong kerajaan Yaman dalam peperangannya menentang pemberontak yang disokong Iran yang menakluki ibu negeri Sanaa sejak September 2014. – AFP