Arab Saudi potong gaji menteri

Arab Saudi potong gaji menteri

RIYADH, 27 Sept – Arab Saudi Ahad lalu mengumumkan bahawa gaji menteri-menteri dan ahli-ahli Majlis Syura akan dikurangkan sebanyak 20 peratus dan 15 peratus masing-masing, menurut Saudi Press Agency.

Keputusan itu dibuat melalui perintah diraja yang dikeluarkan pada hari Ahad oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saudi.

Selain daripada pomotongan gaji, elaun penginapan tahunan dan perbelanjaan kereta telah dikurangkan pada peratusan yang sama bagi ahli-ahli Shura, penasihat Arab Saudi.

Sementara itu, perintah diraja itu dikecualikan bagi anggota tentera yang sedang berjuang dalam gabungan Arab terhadap Houthi di Yaman dan mereka yang mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan dan keselamatan di luar negara dari keputusan sebelumnya untuk menghentikan bonus tahunan bagi kakitangan kerajaan.

Raja Arab juga memerintahkan untuk menghentikan tawaran kereta kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan, manakala terus menyediakan telefon bimbit dan telefon tetap kepada menteri-menteri, manakala mereka perlu membayar bil bulanan mereka.

Perintah ini telah dikeluarkan sebagai hasil pengurangan kos kerajaan negara itu apabila harga minyak jatuh di pasaran antarabangsa, dan juga peperangan terhadap Houthi di Yaman. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA