Arab Saudi se...

Arab Saudi sedia terima para pembesar negara

RIYADH, 18 Mei – Arab Saudi sudah bersedia untuk menerima pemimpin-pemimpin dari lebih daripada 56 negara yang mengambil bahagian dalam dua sidang kemuncak di Riyadh bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menurut akhbar tempatan Okaz melaporkan.

Trump dijangka tiba di sini pada 20 Mei dalam lawatan pertama ke luar negeri sebagai presiden, di mana para jemputan akan menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-AS, dan juga Sidang Kemuncak Arab, Islam dan AS di Riyadh.

Sidang-sidang kemuncak ini akan membincangkan pelbagai topik, terutamanya usaha-usaha memerangi keganasan. Sementara itu satu laporan berita yang menekankan rancangan pengetatan keselamatan untuk menghoskan para pemimpin AS dan pemimpin-pemimpin lain.

Menteri-menteri luar GCC telah mengadakan mesyuarat di Riyadh kelmarin untuk membincangkan topik-topik yang akan dikaji semula ketika sidang kemuncak itu.

Arab Saudi pada Selasa lepas melancarkan sebuah laman sesawang rasmi yang merangkumi maklumat mengenai sidang kemuncak Saudi-AS, sidang kemuncak GCC-AS dan sidang kemuncak Arab-Islam-AS.

Dan laman sesawang itu juga menekankan kepentingan sidang-sidang kemuncak itu dalam mempromosi keselamatan global, kerjasama ekonomi akar umbi dan kerjasama konstruktif politik dan kebudayaan serta penyatuan pandangan untuk memerangi keganasan.

Sementara itu Trump akan membincangkan langkah-langkah untuk meneruskan peperangan terhadap IS dan ekstremis di Afghanistan dan Pakistan apabila dia berucap di depan dunia Islam ketika lawatannya ke Arab Saudi minggu ini, lapor Press Trust of India (PTI). – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA