Arab Saudi tubuh syarikat khas tingkat kapasiti Mekah, Madinah

Arab Saudi tubuh syarikat khas tingkat kapasiti Mekah, Madinah

RIYADH, 18 Sept – Arab Saudi bersetuju untuk membentuk sebuah syarikat bagi membangunkan dan meningkatkan kapasiti tempat suci di Mekah dan Madinah, menurut laman web berita tempatan, Al Eqtisadiya semalam.

Syarikat yang dicadangkan yang akan dimiliki oleh kerajaan itu, telah diluluskan sehari selepas kerajaan mengumumkan kejayaan musim haji tahun ini yang berjumlah lebih daripada 1.8 jemaah.

Syarikat itu akan bertanggungjawab untuk meningkatkan kecekapan utiliti-utiliti kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan seperti elektrik, air, penyaman udara dan kebersihan. Kerja-kerja pembinaan diasingkan bagi laluan pejalan kaki dan kenderaan.

Suasana di Masjid An-Nabawi atau Masjid Nabi Muhammad, selepas mengerjakan ibadah haji pada hari terakhir Sambutan Hari Raya Aidiladha, di kota suci Arab Saudi, Madinah, Khamis lalu. – AP
Suasana di Masjid An-Nabawi atau Masjid Nabi Muhammad, selepas mengerjakan ibadah haji pada hari terakhir Sambutan Hari Raya Aidiladha, di kota suci Arab Saudi, Madinah, Khamis lalu. – AP

Bagi menjana wang, syarikat itu akan melabur tempat suci itu untuk menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun, terutamanya tapak arkeologi agama.

Syarikat itu dijangka menjana ribuan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Syarikat itu adalah sebahagian daripada inisiatif-inisiatif negara itu bagi mempelbagaikan ekonomi selain minyak dengan melaksanakan pelbagai projek ekonomi dan pelaburan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA