Arab Saudi, T...

Arab Saudi, Turki bincangkan isu-isu serantau

RIYADH, Arab Saudi, 15 Feb – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, kelmarin membincangkan bersama Presiden Turki, Recepp Tayyip Erdogan, di sini mengenai isu-isu serantau. Erdogan tiba di Arab Saudi bagi lawatan rasmi ke negara itu yang menyasarkan untuk meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada jelajah Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang bermula di Bahrain dan berakhir di Qatar. Sebelum bermulanya lawatannya di Bahrain Ahad lepas, Erdogan berkata, tentera Turki dan sekutu-sekutu pemberontak Syrianya telah memasuki pusat al-Bab, kubu terakhir IS di utara wilayah Syria, Aleppo.

Erdogan juga meminta bagi zon selamat di utara Syria untuk menyelesaikan masalah pelarian di tengah-tengah peperangan yang sedang berlangsung.

Raja Arab Saudi sebelum ini mengunjungi Turki pada 2016 di mana Erdogan telah menganugerahkan penghormatan istimewa Order of State. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA