Arab Saudi tutup 908 institusi kesihatan

Arab Saudi tutup 908 institusi kesihatan

RIYADH, 21 Nov – Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menutup 908 buah institusi kesihatan swasta bagi pelbagai pelanggaran dalam tempoh 6 bulan lepas, akhbar Al Sharq Al Awsat melaporkan hari ini.

Sementara itu, keputusan penutupan itu meliputi hospital-hospital, kompleks perubatan dan klinik yang mana 1,532 pelanggaran dilaporkan dan amaran daripada kementerian yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

Tempoh penutupan itu bergantung kepada keseriusan pelanggaran dimana sebahagian daripada pertubuhan-pertubuhan itu ditutup sehingga mereka memperbaiki keadaan institusi mereka.

Pelanggaran tersebut terdiri daripada lesen kemudahan perubatan dan pegawai perubatan, kekurangan dalam peralatan perubatan dan jangkitan, pensterilan dan kawalan sisa.

Langkah-langkah tersebut muncul ketika negara tersebut sedang berjuang menangani virus korona Middle East Respiratory Syndrome (MERS). – Xinhua