Arahan penutupan kedai runcit cetus kemarahan

Arahan penutupan kedai runcit cetus kemarahan

BAITULMAQDIS, 21 Ogos (AFP) – Baitulmaqdis merancang menutup beberapa kedai runcit esok untuk meraikan hari Sabbath Yahudi, sekali gus menimbulkan kemarahan pekedai yang menuduh pegawai tunduk kepada tekanan daripada penduduk Yahudi ultra-Ortodoks.

Kerajaan bandar pada Rabu mulai mengeluarkan arahan penutupan untuk Sabtu bermula pada bulan depan.

Undang-undang sekarang mengharamkan pelbagai kategori perniagaan daripada dibuka pada Sabbath, namun mereka hanya dikuatkuasakan secara terpilih.

Penduduk ultra-Ortodoks mematuhi undang-undang Yahudi yang melarang kerja pada Sabbath. Di tengah sentimen ultra-Ortodoks yang semakin meningkat di Bandar Suci itu, tribunal pekerja telah menangguhkan dua perlawanan bola sepak divisyen pertama yang dijangka diadakan esok dan Sabtu akan datang, lapor media Israel.

Keputusan itu diambil atas permintaan kira-kira 20 pemain yang meminta kesatuan perniagaan Histadrut supaya merujuk isu berkenaan kepada mahkamah disebabkan mereka tidak mahu bermain pada Sabbath.

Tribunal akan bertemu pada 7 September untuk memutuskan sama ada melanjutkan pengharaman ke atas perlawanan esok di Baitulmaqdis, kata radio awam.

Dalam undang-undang membeli-belah, tindakan untuk memperketat penguatkuasaan keluar selepas sebuah panggung wayang baru mengumumkan rancangan untuk membuka perniagaan pada Sabtu, justeru menerima bantahan daripada ultra-Ortodoks.

Einav Bar, agli majlis wanita Baitulmaqdis yang bertanggungjawab mempromosi perniagaan, memberitahu AFP pemilik lapan perniagaan pusat bandar merancang mencabar bandar di mahkamah berhubung arahan penutupan itu.

“Tidak adanya penjelasan kepada dasar baru selain daripada perjanjian politik” di antara Datuk Bandar Nir Barkat dan puak ultra-Ortodoks, tulis Bar di laman Facebook beliau.

Bagaimanapun, majlis perbandaran Baitulmaqdis menegaskan ia bertindak selaras dengan keputusan mahkamah untuk menguatkuasakan pengharaman ke atas perniagaan pada Sabbath.