Arbisyam adakan Doa Kesyukuran

Arbisyam adakan Doa Kesyukuran

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Tahun 2016 menjadi tahun cukup cemerlang buat Arbisyam FC apabila berjaya menduduki tempat ketiga Liga Super Futsal Takaful Brunei 2016 dan kemudiannya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Futsal Piala Keputeraan tahun ini yang turut dijuarainya pada 2014.

Sehubungan itu, sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan yang dicapai, Arbisyam FC telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Penghargaan Arbisyam FC 2016 di Restoran Aiko Sushi, Pusat Membeli Belah Kiulap.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan Doa Selamat yang masing-masing dipimpin dan dibacakan oleh Awang Muhammad Nabil bin Haji Maidin, yang merupakan penjaga gol utama Arbisyam FC dan pasukan kebangsaan Brunei Darussalam.

Gambar ramai Pasukan Arbisyam FC yang sudah memenangi beberapa perlawanan pada tahun ini.
Gambar ramai Pasukan Arbisyam FC yang sudah memenangi beberapa perlawanan pada tahun ini.

Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada para pemain Arbisyam FC yang disampaikan oleh Penasihat Arbisyam FC, Haji Ishak bin Haji Mohamad.

Arbisyam FC merupakan salah sebuah kelab futsal tempatan dari Daerah Tutong yang aktif menyertai kejohanan-kejohanan besar tempatan dan telah sering menempa kejayaan dari sejak mula ditubuhkan pada 2005, dengan kini sudah pun memiliki 45 orang ahli.

ARTIKEL YANG SAMA