Arbisyam terima tajaan jersi

Arbisyam terima tajaan jersi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TUTONG, 2 Mei – Pasukan Futsal Arbisyam, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Membaca Doa Selamat yang diselajurkan dengan majlis penyerahan jersi pasukan berkenaan yang diadakan di kediaman Yang Di-Pertua Arbisyam di Kampung Keriam, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Perintis istylo, Awang Mohammad Isa bin Haji Marsidi yang juga diiringi bersama oleh Pemasaran istylo, Haji Yusof bin Ahmad sambil dialu-alukan semua ahli dan warga Pasukan Futsal Arbisyam.

Pengerusi Arbisyam FC, Abdul Mansyor Jalilah bin Haji Ishak dalam ucapannya dalam majlis itu menyatakan penghargaan dan terima kasih atas tajaan yang diberikan oleh pihak istylo.

Penyerahan tajaan bagi pasukan futsal Arbisyam baru-baru ini.
Penyerahan tajaan bagi pasukan futsal Arbisyam baru-baru ini.

Sementara itu Awang Mohammad Isa pula dalam ucapannya memberikan sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada semua pemain-pemain Arbisyam yang kini menyertai Futsal Takaful Brunei Liga Super.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyerahan jersi dan bola yang disempurnakan oleh Mohammad Isa dan Haji Yusof kepada Yang Di-Pertua dan Pengerusi Arbisyam FC.

ARTIKEL YANG SAMA