Arca gergasi Pengerusi China siap dibina

Arca gergasi Pengerusi China siap dibina

BEIJING, 5 Jan (AFP) – Arca gergasi Mao Zedong iaitu bapa pengasas Komunis China yang berwarna keemasan, telah didirikan di luar bandar oleh sekumpulan kapitalis pada harga sekitar tiga juta yuan (AS$460,000), menurut laporan.

Arca tinggi kira-kira 37 meter (121 kaki) itu ditempatkan di sebuah kawasan luas di tengah wilayah Henan dan menunjukkan lelaki yang memerintah China dengan kuku besi selama hampir tiga dekad, duduk dalam keadaan istirahat.

Pembinaannya dilaporkan dibiayai oleh beberapa usahawan tempatan dan siap pada Disember lalu selepas sembilan bulan dibina,” menurut portal HMR.cn kelmarin.

Meskipun disalahkan atas kematian berjuta-juta orang, Mao masih lagi dihormati secara meluas di China, tempat kepimpinan Komunis mengawal ketat perbincangan awam mengenai sejarah dan berusaha menggunakan legasinya untuk meningkatkan sokongannya.

Gambar yang diambil pada 4 Januari 2016 menunjukkan arca gergasi Pengerusi Mao Zedong yang hampir siap sepenuhnya di mukim Kaifeng, Tongxu, wilayah Henan tengah China. – AFP
Gambar yang diambil pada 4 Januari 2016 menunjukkan arca gergasi Pengerusi Mao Zedong yang hampir siap sepenuhnya di mukim Kaifeng, Tongxu, wilayah Henan tengah China. – AFP

Presiden China pada masa ini, Xi Jinping telah memuji Mao sebagai ‘tokoh hebat’ dan menghidupkan semula beberapa retoriknya dan pemusatan kuasanya, walaupun berikutan kesimpulan parti pada 1980-an yang mengatakan dia juga membuat ‘kesilapan’.

Beberapa pengguna Internet mengkritik arca tersebut, mengenai lokasinya di Henan, pusat kebuluran teruk pada lewat 1950-an dengan menyebabkan kematian kira-kira 40 juta orang yang diakibatkan oleh dasar ekonomi Mao.

ARTIKEL YANG SAMA