Arena jurulatih baru skuad AS

Arena jurulatih baru skuad AS

CHICAGO, 23 Nov – Bruce Arena diambil semula bagi kali kedua sebagai ketua jurulatih pasukan Amerika Syarikat (AS) bagi menggantikan Jurgen Klinsmann dari Jerman yang baru dipecat kelmarin.

Jurulatih dari AS itu, 65, membawa pasukan AS ke suku akhir Piala Dunia 2002 ketika kendaliannya sebelum ini bermula dari 1998 sehingga 2006.

“Pada bila-bila masa anda mendapatkan peluang untuk melatih pasukan kebangsaan ia adalah satu penghormatan,” kata Arena, yang melatih pasukan Los Angeles Galaxy dari Major League Soccer dan akan mendapatkan peranan barunya pada 1 Disember depan.

Bekas pemain dari Jerman dan jurulatih, Klinsmaan diketepikan selepas pasukan AS tewas pada dua perlawanan pertama mereka dalam pusingan akhir kelayakan bagi Amerika Utara untuk Piala Dunia 2018, tewas 2-1 kepada Mexico dan 4-0 ke atas Costa Rica.

“Saya bersedia untuk bekerja bersama sekumpulan pemain yang kuat yang memahami cabaran di hadapan mereka selepas dua perlawanan pertama mereka,” kata Arena.

Gambar fail – Bruce Arena yang mengendalikan skuad AS pada 1998 hingga 2006 diambil semula sebagai jurulatih pasukan tersebut setelah Jurgen Klinsmann dipecat berikutan aksi hambar. – AP
Gambar fail – Bruce Arena yang mengendalikan skuad AS pada 1998 hingga 2006 diambil semula sebagai jurulatih pasukan tersebut setelah Jurgen Klinsmann dipecat berikutan aksi hambar. – AP

“Bekerja sebagai satu pasukan, saya yakin kami akan mendapatkan langkah yang tepat untuk kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia.”

Masa untuk membuat sebarang perubahan memberikan Arena empat bulan sehingga skuad AS menghadapi satu lagi perlawanan kelayakan, memberikan masa bagi pemain untuk menyesuaikan diri dan Arena untuk membangunkan momentum ketika AS cuba untuk menempah kemunculan kelapan berturut-turut mereka dalam Piala Dunia.

Perlawanan pertamanya adalah kelayakan di laman sendiri menentang Honduras pada 24 Mac.

“Apabila kami mempertimbangkan kemungkinan calon untuk mengambil alih pasukan kebangsaan lelaki pada kali ini, Bruce berada di senarai teratas,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak AS, Sunil Gulati.

“Pengalamannya pada peringkat antarabangsa, memahami keperluan yang diperlukan untuk membawa pasukan mara ke kelayakan Piala Dunia dan membuktikan keupayaan bagi membangunkan pasukan yang berjaya adalah semua aspek yang kami rasakan penting bagi jurulatih seterusnya.”

Arena mencatatkan rekod perlawanan 71-30 dengan 29 seri apabila membimbing skuad AS dari 1998 sehingga 2006, tetapi digugurkan selepas penyingkiran pusingan pertama yang mengecewakan pada Piala Dunia 2006.

Dia digantikan oleh pembantu Bob Bradley, yang dipecat pada 2011 dan digantikan oleh Klinsmann. – AFP