Argentina balas dendam

Argentina balas dendam

MONTEVIDEO, 25 Mac (AFP) – Argentina membalas kekalahan mereka dalam persaingan akhir Copa America kepada Chile dengan kemenangan 2-1 semalam ketika Ecuador hanya mampu seri menentang Paraguay untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam persaingan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan 2018.

Jaringan menerusi Angel Di Maria dan pemain pertahanan Gabriel Mercado menyelamatkan tiga mata penting bagi Argentina di Santiago selepas Chile mendahului pada minit ke 11 menerusi Felipe Gutierrez di Stadium Kebangsaan.

Kemenangan itu adalah manis bagi Argentina, yang dikalahkan menerusi sepakan penalty oleh Chile di tempat yang sama dalam final Copa America pada tahun lepas, melanjutkan kemarau gelaran juara dunia dua kali itu.

Aksi Messi (kiri) dan Eugenio Mena ketika bersaing dalam perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia FIFA Amerika Selatan di Santiago. - Reuters
Aksi Messi (kiri) dan Eugenio Mena ketika bersaing dalam perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia FIFA Amerika Selatan di Santiago. – Reuters

Lebih penting, kemenangan itu memastikan bidaan kelayakan Argentina 2018 masih dalam laluan selepas permulaan goyah pada tahun lepas yang menyaksikan mereka hanya memenangi satu dari empat perlawanan pembukaan.

“Saya merasa gembira dengan tiga mata memandangkan ia adalah penting untuk datang ke sini dan mendapatkan kemenangan,’ kata kapten Argentina, Lionel Messi, yang terlepas empat perlawanan pertama kelayakan pada tahun lepas kerana mengalami kecederaan.