Argentina berdepan ‘risiko’

Argentina berdepan ‘risiko’

BUENOS AIRES, 15 Nov – Lionel Messi dan bintang-bintang lain Argentina terpaksa berdepan ‘risiko’ untuk menewaskan Colombia dan mengekalkan harapan Piala Dunia mereka, kata jurulatih Edgardo Bauza menjelang pertemuan mesti menang hari ini.

Messi menggunakan kata-kata makian kepada media Argentina untuk mempamerkan kemarahannya selepas Albiceleste tewas 3-0 kepada Brazil minggu lalu. Kedudukan itu meletakkan mereka di tangga keenam dalam kumpulan Piala Dunia Amerika Selatan, di mana hanya empat pasukan yang layak mara secara automatic.

Setakat ini, mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan tangga kelima, Chile, tetapi selain kemenangan ke atas Colombia akan menyaksikan jurang kritikal itu terus melebar. Midfield Barcelona Javier Mascherano berkata selepas kekalahan kepada Brazil itu, Argentina ‘terjejas’.

Dengan tekanan ke atasnya dan pasukan, Bauza berkata bagus bagi Mascherano untuk mempamerkan kemarahannya dan dia masih yakin untuk mara ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Kami memerlukan pasukan untuk meningkat dari segi penghasilan dan ini bermakna mereka perlu mengukuhkan diri,” kata Bauza selepas sesi latihan terakhir Ahad lalu.

Edgardo Bauza (kanan) bercakap dengan Pablo Zabaleta semasa sesi latihan di Belo Horizonte, Brazil sebelum berdepan Selecao untuk aksi kelayakan Piala Dunia pada 7 November lalu. – AP
Edgardo Bauza (kanan) bercakap dengan Pablo Zabaleta semasa sesi latihan di Belo Horizonte, Brazil sebelum berdepan Selecao untuk aksi kelayakan Piala Dunia pada 7 November lalu. – AP

“Colombia memiliki ramai pemain besar, individu dengan kualiti dan kami perlu berusaha untuk menanganinya. Kami perlu menang dan perlu menghadapi risiko.”

Bauza berkata Argentina masih lagi merasakan kekalahan kepada Brazil. Dan pemenang dua kali Piala Dunia itu perlu bangkit. “Perlu ada perlawanan yang bagus dan kami mesti menang, tiada alasan lain. Terdapat semangat dalam skuad amat kuat.”

Argentina meragui kecergasan Gonzalo Higuain, Gabriel Mercado dan Ever Banega. Jurulatih berkata kesemua pemain bersedia untuk beraksi tetapi belum seorang pun disahkan cukup cergas.

Ketika mengakui keadaan Argentina amat sukar, Bauza tidak merasa bimbang mengenai masa depannya dan mendengar kembali kesukarannya apabila bertugas di LDU Quito di Ecuador.

“Di Quito, saya telah dibawa keluar dari stadium dengan sebuah trak kerana mereka mahu menggantung saya. Dalam empat bulan kami muncul juara Amerika Selatan,” katanya. Quito memenangi Copa Libertadores pada 2008.

Colombia melangkah ke dalam perlawanan ketiga dengan 18 mata selepas seri tanpa jaringan dengan Chile minggu lalu dan masih jauh daripada kelayakan yang meyakinkan.

Pertahanan utama Oscar Murillo dan Yerry Mina pula tercedera. Tetapi jurulatih Jose Pekerman, yang mengetuai Argentina pada Piala Dunia 2006, masih mempunyai pasukan kuat untuk pertempuran di San Juan, 1,000 kilometer (620 batu) selatan Buenos Aires.

“Kekalahan 3-0 kepada Brazil akan menjadikan mereka lebih lapar untuk menang tetapi kami tahu kami memerlukan mata juga,” kata pemain sayap Juan Cuadrado.

“Kami mesti kuat di bahagian tengah dan tidak memberi sebarang ruang kerana di situlah mereka mahir dan mempunyai pemain yang membuat perbezaan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA