Argentina cemerlang

Argentina cemerlang

BUENOS AIRES, 19 Julai – Argentina mengakhiri kemenangan Piala Davis dua hari ke atas Serbia apabila Leo Mayer dan Carlos Berlocq bergabung untuk memenangi acara beregu untuk mendahului 3-0 dalam pusingan suku akhir semalam.

Pasangan Argentina menewaskan Viktor Troicki dan pemain veteran Nenad Zimonjic, bermain dalam perlawanan Piala Davis ke-50, 6-2, 6-4, 6-1 selepas kemenangan perseorangan Mayer ke atas Filip Krajinovic pada Jumaat dan kekalahan Federico Delbonis di tangan Troicki.

Argentina menyertai perlawanan tanpa pemain teratas mereka Juan Martin del Potro, yang sedang berpulih daripada pembedahan tangan pergelangan, namun masih merupakan pasukan lemah walaupun apabila pemain nombor satu dunia Novak Djokovic memilih supaya tidak berkunjung ke Buenos Aires di sebalik kemenangannya di Wimbledon.

“Tahap yang mereka tunjukkan daripada mata pertama sehingga mata terakhir adalah amat tinggi,” kata kapten Daniel Orsanic selepas kemenangan berganda di Tecnopolis di pinggir bandar menyebabkan Argentina memasuki separuh akhir menentang Belgium.

Mayer (kanan) dan Berlocq meraikan kemenangan mereka setelah berjaya menewaskan Serbia di per-ingkat suku akhir Piala Davis. - Reuters
Mayer (kanan) dan Berlocq meraikan kemenangan mereka setelah berjaya menewaskan Serbia di per-ingkat suku akhir Piala Davis. – Reuters

“Kami berjaya mengatasi pesaing yang amat sukar walaupun tanpa Djokovic, ia adalah kecemerlangan seluruh pasukan,” katanya dengan diperhatikan oleh Del Potro dengan tangan pergelangan kirinya dibalut.

Argentina, yang tidak pernah memenangi piala, berada dalam pusingan separuh akhir ke-10 mereka sejak 2002 dan bercita-cita untuk memasuki pusingan final kelima mereka. – Reuters