Argentina cuba ringankan beban Messi

Argentina cuba ringankan beban Messi

BUENOS AIRES, 24 Ogos – Ketua jurulatih Argentina yang baru, Edgardo Bauza semalam berkata dia mahu melihat pasukannya kurang bergantung dengan Lionel Messi selepas persaraan sementara penyerang Barcelona itu dari bola sepak antarabangsa.

Messi berkata dia akan bersara beraksi bagi negaranya dalam kekalahan kali kedua berturut-turunya dalam Copa America menerusi sepakan penalti kepada pasukan Chile dua bulan yang lalu.

Tetapi bekas jurulatih Sao Paulo, Bauza memuji pemain terbaik dunia lima kali itu untuk meneruskan kerjaya antarabangsanya selepas mengambil alih sebagai bos dari Gerardo Martino.

Dia akan menyelia perlawanan pertamanya dalam persaingan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Uruguay dan Venezuela bulan depan.

Khidmat Messi masih diperlukan Argentina walaupun sudah mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa. – AFP
Khidmat Messi masih diperlukan Argentina walaupun sudah mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa. – AFP

“Jangan selalu memberikan kepadanya untuk menghasilkan permainan atau menjaringkan gol, tetapi mencipta keadaan yang bermakna ia bukan terletak pada Messi untuk menyelesaikan segalanya,” Bauza memberitahu harian Argentina La Nacion.

“Bergantung ke atas pasukan. Saya mahu menghentikan segalanya dari pergantungan ke atasnya…kami semua tahu apabila bola melaluinya, sesuatu yang berbeza akan berlaku, tetapi kami memerlukan dari pasukan.

Memiliki pemain terbaik dunia tidak menjamin anda akan memenangi perlawanan, tetapi ia menjamin terdapat ketakutan dalam pasukan lawan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA