Argentina kekal no 1 FIFA

Argentina kekal no 1 FIFA

PARIS, 3 Jun – Argentina terus kekal mengungguli kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh badan induk dunia itu, hari ini.

Belgium mengekalkan kedudukan di tangga kedua, manakala Colombia dan juara dunia, Jerman masing-masing meningkat satu anak tangga kepada tempat ketiga dan keempat.

Juara Copa America, Chile bagaimanapun merosot dua anak tangga kepada kedudukan kelima, manakala juara Eropah, Sepanyol dan Brazil masing-masing di tangga keenam dan ketujuh.

Portugal yang diperkuatkan Cristiano Ronaldo di tempat kelapan manakala pasukan \ʼkuda hitam, Austria di tempat ke-10 dan tempat kesembilan pula milik Uruguay.

England terkeluar dari senarai 10 pasukan terbaik, tercicir di tempat ke-11 manakala tuan rumah Euro 2016, Perancis terpaksa berpuas hati di tempat ke-17.

Dalam perkembangan lain, FIFA menafikan hari ini laporan media Jerman mengenai presiden Gianni Infantino kini berada di bawah penyiasatan satu etika pelanggaran peraturan.

Akhbar Die Welt melaporkan bahawa Infantino telah secara tidak wajar me-ngarahkan pemusnahan minit mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA yang diadakan bulan lepas di bandar Mexico.

Menurut akhbar itu, jawatankuasa etika bebas FIFA sedang mengkaji isu itu dan boleh mengenakan larangan 90 hari pada presiden baru itu jika dakwaan itu telah disahkan.

Tetapi jurucakap penyiasatan jawatankuasa etika, Roman Geiser memberitahu AFP bahawa “tidak ada prosiding formal berlaku terhadap Infantino”.

Sementara Jurucakap FIFA Delia Fischer, dalam kenyataan berasingan dihantar melalui email kepada AFP, berkata dakwaan itu tidak berasas. – AFP