Argentina, Mexico adios

Argentina, Mexico adios

SALVADOR, 11 Ogos – Skuad Argentina yang dilanda krisis bertambah murung apabila gagal membawa pingat emas ketiga bola sepak Olimpik, dengan juara bertahan, Mexico juga berkongsi nasib yang sama.

Kuasa tradisi sukan itu tersingkir awal dalam saingan bola sepak lelaki, mencetus lagi satu kejutan kepada bola sepak Argentina selepas pasukan seniornya tewas dalam final Copa America pada Jun lalu dan kini berdepan krisis membangunkan sukan itu.

Argentina yang bermain tanpa bintang besar, memerlukan kemenangan menentang Honduras tetapi diikat seri 1-1 di Stadium Mane Garrincha di Brasilia.

Honduras mara menyertai Portugal, yang memenangi Kumpulan D selepas seri 1-1 menentang pasukan tempat terakhir, Algeria di Belo Horizonte.

Argentina dan Honduras masing-masing menamatkan saingan dengan empat mata tetapi Honduras memperoleh kelebihan jaringan untuk layak.

Reaksi pemain Argentina selepas tewas kepada Honduras dalam aksi Olimpik Kumpulan D di Stadium Nasional di Brasilia, kelmarin. – AP
Reaksi pemain Argentina selepas tewas kepada Honduras dalam aksi Olimpik Kumpulan D di Stadium Nasional di Brasilia, kelmarin. – AP

Penyerang, Antony Lozano menjaringkan gol bagi Honduras dari petak penalti pada minit ke-75 dan Mauricio Martinez menyamakan gol buat Argentina menerusi sepakan bebas pada babak kedua waktu kecederaan. Kedua-dua pasukan terlepas penalti apabila perlawanan masih terikat tanpa jaringan.

Percubaan kapten Honduras, Bryan Acosta diselamatkan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli sebelum rehat babak pertama manakala cubaan pemain utama Argentina, Angel Correa pula terkena palang gawang pada minit ke-55.

Legenda bola sepak dunia Diego Maradona telah melabelkan pengurusan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) sebagai ‘mafia’ dan sekali lagi berang dengan pentadbiran bola sepak negaranya pada Rabu.

“Honduras tidak boleh mengalahkan kita. Sebuah negara yang mana saya amat hormati tetapi mereka bermain besbol dan tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak,” katanya kepada Radio La Red.

Jerman yang menundukkan Argentina pada final Piala Dunia 2014 dalam laluan untuk pesta juara di Maracana pada 20 Ogos tetapi tunduk kepada Fiji di Belo Horizonte. – AFP