Argentina perah keringat

Argentina perah keringat

MERIDA, Venuezuela, 7 Sept – Nicolas Otamendi menjaringkan gol penyamaan lewat babak perlawanan ketika Argentina kembali bangkit selepas ketinggalan 0-2 untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Venezuela dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 zon Amerika Selatan, kelmarin.

Pertahanan Manchester City, Otamendi menjaringkan gol pada minit ke-83 selepas menyempurnakan peluang tendangan sudut Angel Di Maria untuk melengkapkan kebangkitan dramatik Argentina di Stadium Metropolitano di Merida.

FBL-WC-2018-VEN-ARG

Gol penyamaan Otamendi hadir selepas Lucas Pratto merapatkan jurang buat Argentina yang sebelum itu ketinggalan hasil jaringan Juanpi Anor dan Josef Martinez bagi meletakkan Venezuela di depan 2-0.

Argentina turun tanpa kelibat kapten, Lionel Messi termasuk Sergio Aguero, Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala selepas masing-masing mengalami kecederaan selepas menang menentang Uruguay minggu lepas.

Venezuela mendahului selepas 35 minit apabila pemain Malaga Juanpi tidak dikawal di luar kawasan Argentina dan meledak dengan rembatan ke penjuru gawang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA