Argentina sukar meledak

Argentina sukar meledak

CONCEPCION, Chile, 30 Jun (Reuters) – Finalis Piala Dunia 2014, Argentina tiba ke Copa America di Chile selaku calon juara dan dijangka akan meledak banyak gol ke gawang lawan.

Begitupun, menuju peringkat separuh akhir, mereka muncul pasukan yang merekodkan jaringan terendah berbanding keempat-empat pasukan menjelang pertemuan menentang Paraguay, awal pagi Rabu.

“Kos bagi saya untuk mendapatkan gol adalah dahsyat,” kata Messi yang memecahkan rekod jaringan di Eropah dan Sepanyol bersama kelab gergasi, Barcelona ketika menewaskan Colombia 5-4 menerusi penentuan penalti di suku akhir.

Jentera serangan Argentina meningkat setiap perlawanan bersama barisan pertahanan yang memberi kesukaran buat pasukan lawan mengekang bintang seperti Messi dan Sergio Aguero.

Aguero sudah menjaringkan dua gol, Gonzalo Higuain satu bersama Messi untuk Argentina. Pertahanan juga bertambah baik apabila selepas melepaskan dua gol ketika aksi pembukaan menentang Paraguay, tiga perlawanan selepas itu diharungi tanpa bolos.

Para penyokong menyambut ketibaan skuad Argentina di depan Hotel Radisson di Concepcion, semalam. – Reuters
Para penyokong menyambut ketibaan skuad Argentina di depan Hotel Radisson di Concepcion, semalam. – Reuters

“Saya tidak faham, ia nampak seperti satu perlawanan bola sepak yang berbeza di Amerika Selatan,” kata Aguero selepas menerima kad kuning kerana memprotes corak permainan kasar pemain Colombia selain dinafikan penalti.

“Pengadil berkata, ‘Ini adalah budak America (Latin)’, namun kami berasal dari sini,” kata penyerang Manchester City itu mengulas komen daripada pengadil kelahiran Mexico, Roberto Garcia Orozco.

Selain Aguero, Messi turut memperoleh kad kuning manakala pemain Brazil, digantung selepas memperoleh kad merah ketika menentang Colombia di peringkat kumpulan.

ARTIKEL YANG SAMA