Argentina tolak dakwaan tarik diri

Argentina tolak dakwaan tarik diri

BUENOS AIRES, Argentina, 1 Jun – Ketua Persekutuan Bola Sepak Argentina semalam berkata pasukan kebangsaan akan beraksi dalam perlawanan Copa America yang diadakan di Amerika Syarikat (AS) seperti yang dirancang, sambil menolak laporan ia mungkin menarik diri.

Presiden AFA, Luis Segura memberikan tindak balas kepada laporan media Argentina bahawa pasukan itu mungkin menarik diri daripada perlawanan 16 pasukan itu sebagai bantahan ke atas kerajaan kebangsaan, yang cuba untuk menuntut kawalan ke atas AFA.

“Saya tidak akan meletak jawatan dan pasukan kebangsaan tidak akan keluar dari AS,” kata Segura.

Argentina memulakan persaingan menentang Chile pada Isnin lalu di Santa Clara, California.

Kementerian Kehakiman Argentina campur tangan pada Isnin lalu dan menggantung pilihan raya presiden AFA yang akan ditentukan pada 30 Jun, yang memetik “pentadbiran yang tidak teratur.”

FIFA, badan induk bola sepak dunia, secara umumnya menentang campur tangan kerajaan dalam politik bola sepak.

Dalam kenyataan semalam, FIFA berkata ia hanya “memantau secara dekat perkara yang berhubung kepada AFA.”

Segura berkata dia tidak merancang untuk memaklumkan FIFA secara rasmi mengenai campur tangan kerajaan.

“AFA tidak terhalang, dan kami tidak mahu seseorang mengeluarkan kami dari FIFA,” katanya.

AFA berada dalam pergelutan bagi mendapatkan kuasa sejak kematian Julio Grondona dua tahun lalu. – AP