Argentina ungguli kumpulan

Argentina ungguli kumpulan

SEATTLE, 15 Jun (AP) – Erik Lamela dan Ezequiel Lavezzi meledak gol selang dua minit pada babak pertama dengan Victor Cuesta menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kemenangan 3-0 Argentina ke atas Bolivia sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan Argentina – pasukan yang menjadi pilihan untuk menjuarai edisi Copa America kali ini – sebagai juara Kumpulan D dan akan bertemu Venezuela pada aksi suku akhir.

Bintang Argentina, Lionel Messi masuk sebagai pemain gantian di awal babak kedua untuk tempoh perlawanan paling panjang sejak Barcelona menewaskan Sevilla 2-0 pada final Piala Raja Sepanyol 22 Mei lalu.

Sepanjang tempoh itu, Messi mengalami kecederaan belakang, dipanggil untuk perbicaraan pemalsuan cukai di Sepanyol dan meledak hatrik sebaik dimasukkan dalam kemenangan 5-0 ke atas Panama minggu lalu.

Ezequiel Lavezzi (kanan) meraikan jaringan bersama Victor Cuesta semasa menentang Bolivia di Seattle, Washington, kelmarin. – AFP
Ezequiel Lavezzi (kanan) meraikan jaringan bersama Victor Cuesta semasa menentang Bolivia di Seattle, Washington, kelmarin. – AFP

pg20_160615_CopaAmericaLogo

Walaupun Argentina menguasai permainan, Messi gagal menambah jaringan, dengan peluang terbaiknya ketika membuat sepakan percuma tetapi jauh tersasar dari pintu gol.

Rentak Messi mencetuskan keraguan kepada pemerhati bola sepak sama ada bintang Barcelona itu mampu menjaringkan gol antarabangsa ke-54 bagi menyamai rekod Gabriel Batistuta.

Argentina berada di landasan terbaik apabila berjaya mengekalkan rekod 100 peratus untuk menamatkan kemarau kejuaraan di kejohanan besar sejak menjulang trofi Copa America pada tahun 1993.

ARTIKEL YANG SAMA