Ariana buka kedai pertama di Tanjong Bunut

Ariana buka kedai pertama di Tanjong Bunut

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Bilangan pengusaha dan peniaga tempatan yang semakin meningkat di negara ini dengan mengetengahkan pelbagai produk jualan daripada barangan elektronik sehingga pakaian, tidak menghalang Syarikat Ariana membuka kedai pertamanya di Tanjong Bunut baru-baru ini.

Ditubuhkan oleh QD Bros. Co pada 2013 melalui perniagaan online, kedai ini menampilkan produk-produk Muslimah seperti hijab (tudung) bawal eksklusif dengan membawa jenama Anaqeen, AMWA dan Kekaboo.

Wakil jurucakap syarikat berkenaan semasa ditemui menjelaskan, sambutan begitu menggalakkan daripada para pelanggan dari semasa ke semasa dan ketika menyertai Pesta Pengguna baru-baru ini telah mencetuskan pemiliknya untuk meluaskan lagi perusahaan itu dengan menyediakan kemudahan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa dalam satu kedai.

Kedai pertama Syarikat Ariana yang menampilkan pelbagai jenis tudung eksklusif.
Kedai pertama Syarikat Ariana yang menampilkan pelbagai jenis tudung eksklusif.

ARTIKEL YANG SAMA