Ariya juarai Terbuka Kanada

Ariya juarai Terbuka Kanada

LOS ANGELES, 29 Ogos – Ariya Jutanugarn dari Thailand menamatkan persaingan dengan mencatatkan 12-foot birdie putt untuk memenangi Terbuka Wanita Kanada dengan empat strok semalam dan melakarkan kemenangan kelimanya pada tahun 2016.

Ariya, 20, memasuki pusingan akhir dengan mendahului dua pukulan dan tidak pernah teragak-agak ketika mencatatkan kemenangan di Priddis Greens di Calgary, Alberta.

Ariya, juga mengekalkan rekod sempurnanya 54 lubang ketika dia menang setiap kali, dia mendahului tahun ini untuk ke pusingan keempat. Dia menamatkan dengan bergaya untuk menghasilkan birdie di lubang 12, 14, 15 dan 18.

‘Saya merasakan saya mahu berseronok dan bergembira di atas padang. Tidak mengira apa yang akan berlaku, saya boleh menanganinya,’ kata Ariya. ‘Saya merasa gembira dengan diri saya ketika ini.” Pemain nombor dua dunia, Ariya menamatkan pertandingan dengan enam bawah 66 untuk menamatkan 23 bawah 265 dan menewaskan Kim Sei-Young dari Korea Selatan dengan empat strok.

Ariya Jutanugarn dari Thailand bergambar bersama trofi kemenangan selepas memenangi Kejohanan Terbuka Kanada di Priddis, Alberta. – AP
Ariya Jutanugarn dari Thailand bergambar bersama trofi kemenangan selepas memenangi Kejohanan Terbuka Kanada di Priddis, Alberta. – AP

Ariya mencatatkan tiga kemenangan berturut–turut pada Mei lalu. Dia menambah kemenangan keempat pada pertandingan Terbuka Wanita British sebelum menyertai Olimpik, di mana dia terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan lutut kiri.

Pemain–pemain dari Asia Tenggara mendominasi senarai teratas semalam, dengan mengisikan tiga kedudukan teratas. Hanya seorang dari AS dalam sembilan pemain terbaik.

Kim menamatkan pukulan dengan 65. juara jelajah dua kali tahun ini, Kim menamatkan dalam 10 senarai teratas untuk kali keenam pada 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA