Ariya terus ungguli Terbuka Kanada

Ariya terus ungguli Terbuka Kanada

LOS ANGELES, 28 Ogos – Juara Terbuka British, Ariya Jutanugarn meneruskan rentak kejayaannya semalam dengan mencatatkan lima bawah 67 untuk mendahului dua pukulan ke pusingan akhir, Terbuka Wanita Kanada.

Pemain berusia 20 tahun dan berasal dari Thailand itu, berusaha bagi kejayaan kelimanya tahun ini selepas menamatkan 54 lubang di Priddis Greens Country Club pada 17 bawah 199. Ariya berkata berikutan pusingan ketiganya semalam dia tidak melihat kedudukan.

“Saya hanya terus memerhatikan diri sendiri,” kata Ariya dari Bangkok. Saya tidak kisah siapa mendahului. Saya hanya mahu untuk memainkan permainan saya.”

Aksi Ariya Jutanugarn pada lubang pertama semasa pusingan ketiga Terbuka Wanita Kanada di Priddis Greens Golf and Country Club, Calgary, Kanada. – AFP
Aksi Ariya Jutanugarn pada lubang pertama semasa pusingan ketiga Terbuka Wanita Kanada di Priddis Greens Golf and Country Club, Calgary, Kanada. – AFP

Ariya mencatatkan tujuh birdie dari keempat sepanjang 14 lubang. Dia menghasilan bogey di lubang ke 16 dan 18 tetapi sedikit terjejas pada pusingan seterusnya dengan bintang Jelajah LPGA yang semakin meningkat.

“Esok, saya hanya mahu berseronok, dan saya mahu bergembira di atas padang,’ kata Ariya, yang mendahului dua pukulan ke atas Chun In-Gee dari Korea Selatan pada pertandingan yang diadakan di Calgary, Alberta.

Ariya mencatatkan tiga gelaran pada tahun ini dalam Jelajah LPGA AS, yang melibatkan Yokohama Tire Classic, Kingsmill Championship dan Vilvik Championship. Dia juga memenangi Terbuka British bulan lalu dan Piala Lalla Meryem 2013 dalam Ladies European Tours. – AFP