Ariya ungguli golf Olimpik wanita

Ariya ungguli golf Olimpik wanita

pg24_160819_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos – Pemain nombor dua dunia, Ariya Jutanugarn dari Thailand menjadi pemain pertama untuk mengungguli golf Olimpik wanita dalam tempoh 116 tahun ketika acara itu melakarkan sejarah Sukan itu kembali semalam.

Ariya mencatatkan 6 bawah 65 dalam mempamerkan rentak yang dimenanginya pada Terbuka British bulan lalu hampir setengah dari 60 pemain yang beraksi dalam keadaan cuaca baik di Rio de Janiero untuk membuat pukulan bawah par.

Pemain nombor lima, Park In-Bee dan rakan sepasukan dari Korea Selatan, Kim Sei-Young ketinggalan satu pukulan dengan 66, menggariskan harapan pingat emas bagi negara mereka.

Pertandingan itu dilangsungkan tiga hari selepas Justin Rose dari Britian memenangi pingat emas lelaki pertama dalam tempoh 112 tahun dalam persaingan bersama Henrik Stenson dari Sweden. – AFP