Arkadiusz berguru dengan Bergkamp

Arkadiusz berguru dengan Bergkamp

MARSEILLE, 30 Jun (AFP) – Penyerang Poland, Arkadiusz Milik kini mendapatkan bantuan legenda Arsenal, Dennis Bergkamp untuk mengatasi masalah ketumpulan di depan gawang menjelang pertemuan suku akhir Euro 2016 menentang pasukan Portugal.

Milik yang menjaringkan gol pembukaan Poland apabila skuad White Eagles bertemu Ireland Utara dalam Kumpulan C, akan berdepan dengan perlawanan menentang Portugal pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Penyerang Ajax itu mengakui sejak dia menyedari masalah penamat yang tumpul dihadapinya, dia pergi mendapatkan bantuan Bergkamp yang juga penolong pengurus kelab Belanda itu. “Sejak dia menyertai kelab (Ajax), kami mempunyai hubungan baik dan kami berhubung secara kerap. Kami juga menghantar mesej sesama sendiri,” kata Milik.

Arkadiusz (kanan) bersaing dengan pemain Switzerland, Fabian Schaer dalam perlawanan peringkat kumpulan Euro 2016 di stadium Geoffroy Guichard, Saint-Etienne 25 Jun lalu. – AFP
Arkadiusz (kanan) bersaing dengan pemain Switzerland, Fabian Schaer dalam perlawanan peringkat kumpulan Euro 2016 di stadium Geoffroy Guichard, Saint-Etienne 25 Jun lalu. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Apa yang boleh saya katakan? Dennis Bergkamp sangat istimewa kepada saya. Dia mempunyai karier yang bagus dan anda boleh selalu belajar sesuatu daripadanya dan saya masih belajar daripadanya.” Milik menyertai Ajax secara pinjaman bagi musim 2014-15 dan tidak diberikan jersi nombor sembilan musim berikutnya apabila dia digantikan penyerang Iceland, Kolbeinn Sigborsson.

ARTIKEL YANG SAMA