Arkadiusz berhenti beraksi, jalani pembedahan

Arkadiusz berhenti beraksi, jalani pembedahan

WARSAW, 9 Okt – Pemain penyerang Napoli Arkadiusz Milik berkemungkinan akan keluar daripada beraksi selama beberapa bulan selepas mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dimenangi Poland ketika menentang Denmark.

Persekutuan bola sepak Poland berkata hari ini beliau mungkin akan memerlukan pembedahan pada kecederaan lutut kiri ketika kemenangan 3-2 Poland menentang Denmark di Warsaw kelmarin.

“Arek Milik telah menjalani ujian ke atas lutut yang cedera, yang telah menunjukkan kerosakan pada ligamen,” Kwiatkowski, jurucakap persekutuan, berkata di Twitter.

“Arek akan kembali ke Napoli hari ini. Beliau mungkin perlu menjalani pembedahan dan tidak dapat bermain selama beberapa bulan.”

Milik, 22, menyertai Napoli pada bulan Ogos dari Ajax dan telah memberikan impak yang besar di kelab Serie A. Selepas dua pusingan Liga Juara-Juara buat Napoli beliau merupakan penjaring bersama di tiga gol dengan Lionel Messi (Barcelona), Sergio Aguero (Manchester City) dan Edinson Cavani (Paris Saint Germain).

ARTIKEL YANG SAMA