Arkitek terkenal meninggal dunia

Arkitek terkenal meninggal dunia

LONDON, 1 April (Reuters) – Arkitek berketurunan Iraq-Britain, Zaha Hadid, yang rekaannya yang futuristik digunakan dalam bangunan di seluruh dunia hingga mendapat sanjungan meluas, telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 65 tahun, menurut syarikatnya semalam.

Hadid, yang projek-projeknya termasuklah muzium MAXXI di Rom, London Aquatics Centre yang digunakan dalam Olimpik musim panas 2012 dan Heydar Aliyev Centre di Baku Azerbaijan, meninggal dunia secara tiba-tiba di Miami, menurut kenyataan Zaha Hadid Architects.

“Dia telah mengalami bronkitis awal minggu ini dan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba ketika dirawat di hospital,” menurut syarikat itu lagi.

Dilahirkan di Baghdad, dia telah belajar di sekolah berasrama di England dan Switzerland sebelum mempelajari matematik di Universiti of Beirut, Amerika. Dia beralih kepada seni bina di London dalam tahun 1970an dan menubuhkan syarikatnya sendiri pada tahun 1979.

Orang melawat bangunan Galaxy Soho yang baru dibuka, yang direka oleh arkitek Zaha Hadid, di Beijing. – Reuters
Orang melawat bangunan Galaxy Soho yang baru dibuka, yang direka oleh arkitek Zaha Hadid, di Beijing. – Reuters

“Arkitek adalah gila. Kami sering bekerja lima malam tanpa tidur,” dia pernah memberitahu radio BBC bulan lalu. “Sangat letih, mana ada sedikit gangguan.”

Rekaan syarikatnya dipilih bagi stadium Olimpik musim panas Tokyo 2020 tetapi dibatalkan disebabkan kos yang melambung. Para pengkritik mempersendakannya sebagai mengingatkan pada helmet basikal atau tiram melentok dan tidak sekata dengan kawasan berhampiran.

“Sangat penting dalam idea utama tidak ada yang cair,” ujarnya tentang sebuah kilang yang direkanya untuk BMW di Leipzig, Jerman. “Jika membina bangunan awam sangat penting untuk membawa detik-detik ajaib ini yang kita temui melalui bangunan-bangunan atau landskap, atau bila kita melihat sesuatu yang mengagumkan.”

ARTIKEL YANG SAMA