Armada Properties hulur sumbangan

Armada Properties hulur sumbangan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Golongan yang kurang bernasib baik terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak dengan sumbangan dihulurkan dengan harapan untuk meringankan bebanan mereka.

Hari ini, Syarikat Armada Properties Sdn Bhd menyumbangkan keseluruhan sebanyak $5,000 kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal, Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan dan Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan.

Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Pengurus Am Armada Properties, Hajah Rinah binti Moksin kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah, di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Pembantu Pengurus Am, Armada Properties, Awang Edie Jufry bin Haji Apong dan Pembantu Pengurus Am Armada Properties, Dayangku Rose binti Pengiran Haji Hitam.

Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan yang dihulurkan oleh Syarikat Armada Properties Sdn Bhd daripada Hajah Rinah.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan yang dihulurkan oleh Syarikat Armada Properties Sdn Bhd daripada Hajah Rinah.

Di majlis berkenaan, Armada Properties menyumbangkan sebanyak $5,000 kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal, $3,500 kepada Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan dan $1,000 kepada Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan.

Setakat ini, Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal telah berjaya mengutip sebanyak $192,654.61, Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan sebanyak $230,580.05 dan Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan mengutip sebanyak $98,723.54.

Sumbangan itu dihasratkan untuk membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh penduduk di Nepal, beban anak-anak yatim serta orang-orang yang memerlukan bantuan.

ARTIKEL YANG SAMA