Armitstead dibenarkan berlumba

Armitstead dibenarkan berlumba

LONDON, 2 Ogos – Juara perlumbaan basikal dunia di atas jalan raya dari Great Britain, Armitstead diberikan kebenaran untuk berlumba pada Olimpik selepas memenangi rayuan semalam ke atas pelanggaran peraturan anti doping.

Anti–Doping UK (UKAD) memberikan penggantungan sementara ke atas Armitstead pada 11 Julai lalu kerana kegagalan menyatakan tiga ujian dadah dalam tempoh 12 bulan.

Tetapi Mahkamah Penimbang Tara bagi Sukan (CAS) berkata prosedur tidak diikuti secara tepat bagi salah satu ujian dan menahan rayuan itu. Armitstead adalah salah seorang pilihan untuk memenangi pingat emas dalam perlumbaan wanita di Rio pada Ahad. Dia memenangi pingat perak dalam acara itu di London pada empat tahun lalu.

‘Saya selalu dan akan selalu menjadi atlet yang bersih dan menyuarakan pendirian saya terhadap anti doping sepan-jang kerjaya saya,’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media UK bagi pihaknya.

Kenyataan Armitstead berkata dia didakwa dengan 3 dakwaan ‘kegagalan kedudukannya’ bulan lalu, yang membawa kepada penggantungan menurut tindakan disiplin. Ujian pertama yang terlepas adalah pada acara Piala Dunia di Sweden pada Ogos 2015, kedua pada Oktober dan ketiga pada 9 Jun, 2016, berikutan pertukaran perancangan kerana keluarga yang jatuh sakit, katanya dalam kenyataan. – AFP