ARSA isytihar gencatan senjata, pelarian meningkat

COX’S BAZAR, Bangladesh, 10 Sept – Pemberontak Rohingya, yang mencetuskan tindakan keras tentera di Myanmar yang telah melihat hampir 300,000 Rohingya melarikan diri dari Bangladesh, hari ini mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak untuk membenarkan bantuan sampai kepada pelarian yang semakin terdesak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata 294,000 pelarian Rohingya telah tiba di Bangladesh sejak serangan pemberontak ke atas anggota keselamatan Myanmar di negeri Rakhine pada 25 Ogos mencetuskan serangan balas besar-besaran daripada tentera.

Berpuluh ribu lagi dipercayai sedang berpindah di Rakhine selepas lebih dua minggu tanpa tempat berteduh, makanan dan air.

Tiga orang Rohingya dilaporkan telah terbunuh akibat periuk api berhampiran sempadan yang didakwa dipasang oleh anggota keselamatan Myanmar untuk menghalang pelarian daripada pulang. Myanmar dengan majoriti penduduk beragama Buddha tidak mengiktiraf komuniti Rohingya Islam, melabel mereka sebagai “Bengali” – penghijrah haram dari Bangladesh.

Pelarian Rohingya yang baru tiba, bergelut mendapatkan bantuan di kem pelarian Kutupalong di bandar Ukhia, Bangladesh. Hampir 300,000 etnik Rohingya melarikan diri daripada keganasan yang menyelubungi Bangladesh, menurut PBB semalam, ketika pemberontak ARSA mengisytiharkan gencatan senjata sehala. – AFP

Seramai 27,000 penduduk etnik Rakhine yang beragama Buddha serta Hindu juga telah melarikan diri daripada keganasan yang membelenggu kawasan utara negeri.

“Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) mengisytiharkan gencatan senjata sementara untuk operasi tentera,” kata kumpulan dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Ia menggesa “semua agensi kemanusiaan” supaya meneruskan penghantaran bantuan kepada “semua mangsa krisis kemanusiaan tanpa mengira latar belakang etnik atau agama” ketika tempoh gencatan senjata selama satu bulan sehingga 9 Oktober. ARSA meminta Myanmar “membalas pemberhentian” dalam pertempuran.

Tidak ada respons daripada tentera Myanmar, namun pihak berkuasa berkata semalam mereka akan mendirikan tiga kem bantuan di kawasan yang dihuni oleh Rohingya. – AFP