Arsenal belasah Lyon

Arsenal belasah Lyon

LONDON, 26 Julai (AFP) – Arsenal memulakan aksi bergaya apabila meledak empat gol untuk tempoh sembilan minit dalam kemenangan 6-0 ke atas kelab Perancis, Lyon bagi merebut Piala Emirates, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu nyata mendominasi permainan separuh masa pertama dalam aksi pertamanya musim ini dalam kejohanan yang disertai empat kelab di Stadium Emirates.

Olivier Giroud membuka tirai jaringan sebelum Alex Oxlade-Chamberlain meledak untuk gol kedua serta keunggulan Alex Iwobi dan Aaron Ramsey untuk melengkapkan empat gol dalam masa sembilan minit.

Pada babak kedua pula, Mesut Ozil dan Santi Cazorla menambah keperitan Lyon sekali gus menunjukkan Arsenal semakin kental untuk musim baharu ini untuk West Ham dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, dua minggu lagi.

Dalam perkembangan lain, Wenger menafikan kenyataan Pengarah Arsenal, Lord Harris betapa kelab itu kini mampu membeli mana-mana pemain dunia.

Olivier Giroud bersaing dengan midfield Lyon Corentin Tolisso dalam aksi persahabatan pramusim di Stadium Emirates semalam. – AFP
Olivier Giroud bersaing dengan midfield Lyon Corentin Tolisso dalam aksi persahabatan pramusim di Stadium Emirates semalam. – AFP

Selepas beberapa tahun mengamalkan penjimatan perbelanjaan di pasaran perpindahan berikutan kos tinggi berpindah ke Stadium Emirates, Harris pada minggu ini dilaporkan berkata, Arsenal kini mempunyai lebih 200 juta pound bagi membolehkan Wenger memperkukuhkan skuadnya.

Harris mendakwa hanya pemain Barcelona, Lionel Messi dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo di luar kemampuan Arsenal dan dalam masa sama menyokong Wenger untuk memecahkan rekod pembelian Mesut Ozil daripada Real Madrid pada 2013 yang bernilai 42.5 juta pound.

Wenger yang setakat ini hanya membeli penjaga gol Chelsea, Petr Cech pada harga 11 juta pound pada penghujung musim lepas, menyifatkan kenyataan Harris itu sebagai terlebih.

ARTIKEL YANG SAMA